السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
1. Pelajar hanya dibenarkan untuk pulang ke rumah sebulan sekali sahaja. Tarikh kebenaran pulang akan dimaklumkan di dalam takwim akademik.
2. Pelajar diwajibkan untuk mengisi borang keluar/masuk pelajar di pejabat pentadbiran sekiranya ingin pulang ke rumah masing-masing. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini di luar kawasan penempatan pelajar.
3. Pelajar perempuan hanya dibenarkan untuk pulang ke rumah sekiranya dijemput oleh penjaga kandungnyasahaja. Diharapkan agar ibubapa dapat memaklumkan kepada pejabat pentadbiran sekiranya hendak mengambil anak mereka di asrama.
4. Ibubapa tidak dibenarkan untuk membawa kenderaan masuk ke kawasan asrama. Sebarang urusan berkaitan pelajar hendaklah merujuk kepada pejabat pentadbiran terlebih dahulu.
5. Untuk keluar asrama pada waktu persekolahan pelajar mesti mengisi borang keluar asrama dengan kebenaran dan pengesahan warden/sekuriti yang bertugas ( keselamatan diri dan harta pelajar adalah dalamtanggungjawab pelajar, pihak kami tidak akan bertanggungjawab).
6. Kenderaan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran pentadbiran atas sebab-sebab yangwajar (kuncikenderaan disimpan di pejabat)
Powered by BetterDocs