السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
1. Mana-mana pelajar yang didapati melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan samada secara sengaja atau tidak sengaja boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh pentadbiran.
2. Pelajar yang ditangkap kerana terlibat dengan kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai jenayah berat boleh dibuang serta merta.
3. Mana-mana pelajar lelaki yang didapati menceroboh masuk ke asrama perempuan, atau sebaliknya, boleh dikenakan tindakan amaran atau diberhentikan daripada pengajian.
4. Pelajar yang ditangkap kerana berkhalwat atau berkelakuan tidak sopan juga boleh dikenakan tindakan amaran atau dibuang.
Powered by BetterDocs