Akademi Integrasi Tahfiz Alfalah (AITAF) adalah mer – upakan sebuah pusat pendidikan komprehensif dan bersepadu khusus untuk membantu masyarakat dan golongan huffaz mengembangkan potensi diri dari aspek keilmuan akademik dan sahsiah diri.
Golongan huffaz ini dilatih dan ditarbiah dengan sebaik-baiknya dengan mengekalkan jumlah hafazan Al-Quran bagi mencapai matlamat hidup setiap insan iaitu sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini.
Justeru, bagi mencapai matlamat tersebut, Akademi Integrasi Tahfiz Alfalah telah menyediakan satu platform khusus bagi pelajar huffaz ini menyambung pengajian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kaedah cepat dan segera (Fast-Track SPM) secara bersistematik dan teratur demi memastikan setiap pelajar mendapat peluang pendidikan secara formal tanpa mengabaikan tanggungjawab pengulangan hafazan Al-Quran mereka.
Akademi ini juga ditubuhkan berasaskan kepadakewajipan menuntut ilmu yang merupakan aspek paling penting agar setiap ibadah yang dilakukanmemenuhi matlamat yang sempurna. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sebaik-baik kamu adalahsesiapa yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya PENGENALAN AITAF Akademi Integrasi Tahfiz Alfalah (AITAF) adalah mer – upakan sebuah pusat pendidikan komprehensif dan bersepadu khusus untuk membantu masyarakat dan golongan huffaz mengembangkan potensi diri dari aspek keilmuan akademik dan sahsiah diri. Golongan huffaz ini dilatih dan ditarbiah dengan sebaik-baiknya dengan mengekalkan jumlah hafazan Al-Quran bagi mencapai matlamat hidup setiap insan iaitu sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Kami bertekad untuk membantu para huffaz ini agar berpeluang untuk bersama-sama mengikuti pengajianformal pendidikan negara seterusnya mengembang- kan potensi mereka ke arah yang lebih baik dancemerlang pada masa akan datang. Nilai tambah parahuffaz ini membolehkan meneroka ruang dan bidang yangmereka minati tanpa mengabaikan hafazan Al-Quran
Pengerusi AITAF
Walaupun kami baru menubuhkan akademi ini sejak 31 Oktober 2016, namun sebahagian besar staf pengurusan dan guru-guru akademik telah berpengalaman mengajar dan menguruskan golongan huffaz bagi tujuan pengajaran akademik Fast-Track SPM lebih 5 tahun sejak Tahun 2013 di UNISMART iaitu satu entiti anjuran bersama Yayasan Pendidikan Islam Selangor.
Justeru itu, dengan berbekalkan pengalaman dan ilmu pengurusan pelajar-pelajar huffaz, kami bertekad dan telah mengorak langkah untuk pergi melangkah ke hadapan bagi mewujudkan Pusat Kece- merlangan Huffaz terulung di Malaysia.
Berdasarkan pengalaman guru-guru sepenuh masa dan separuh masa kami, telah menarik minat dan memberi keyakinan penuh ibubapa penjaga terhadap akademi bagi memberi perkhidmatan pendidikan akademik dan sahsiah terbaik kepada para huffaz ini.
Menyediakan platform utama bagi pelajar lepasan maahad dan madrasah tahfiz mengikuti pengajian akademik ilmuan dan kemahiran teknikal serta vokasional.
Bertekad menyediakan kemudahan dan prasarana berteraskan kecemerlangan dan pembelajaran kondusif bagi mengembangkan potensi golongan huffaz sebagai golongan yang kompeten, professional dan berdaya saing.
Untuk menjadikan Model Pusat Kecemerlangan Huffaz secara komprehensif dan holistik dalam bidang akademik dan kemahiran berteraskan nilai agama dan sahsiah terpuji.
Golongan huffaz lepasan maahad dan madrasah tahfiz Al-Quran.
Pelajar lepasan sekolah menengah agama dan pondok pengajian agama tradisi.
Calon – calon SPM persendirian dan mengikuti secara sambal bekerja (sambilan).
Masyarakat tempatan khusus bagi kelas pengajian Al-Quran.